|
Follow Me on Twitter Tweets by @anieceafieyqa
|
Asmaa El Beltagy Monday, 15 September 2014 | 0 Comments \Assalamulaikum/![]() Kenal tak wanita dekat atas ni?...Nama dia Asmaa El Beltagy, anak kepada Dr.Mohd Beltagy.. Mohd El Beltagy tu pimpinan Ikhwan Muslimin..Anak dia yang Asmaa El Beltagy ni umurnya 17 tahun ketika meninggal dunia akibat ditembak oleh snipper ketika dia nak pergi tandas..tak banyak yang Nis tahu pasal Asmaa ni. tapi Nis nak share surat yang ayah dia tulis untuk anaknya..
Surat pimpinan Ikhwan, Dr Mohd Al-Beltagy kpd anak kesayangannya, Asy-Syahidah Asma’ Al-Beltagy, 17 yg ditembak syahid di Medan Raba’ah :
Anak dan guruku yang disayangi.
Aku tidak ucapkan selamat tinggal kepada mu tetapi aku ucapkan nanti kita akan bertemu lagi.
Engkau telah hidup dgn berani mengangkat tinggi mukamu dlm menentang belenggu kezaliman dan kerana mencintai kebebasan.
Dgn diam-diam engkau telah pernah hidup berusaha mencapai ufuk baru dlm membina kembali umat ini dlm mendapat tempatnya yg tinggi dicelah-celah berbagai tamaddun lain didunia ini.
Engkau tidak pernah disibukkan dgn apa yang banyak menyibukkan gadis-gadis sezaman dgn mu.
Walaupun sistem pelajaran yg sedia ada gagal memenuhi aspirasi dan minat mu, engkau selalu mendapat nombor satu didalam kelas.
Asma’ binti Muhammad Al-Beltagy, 17 tahun.
Aku akui, dlm kehidupan yg pendek ini, aku tidak dapat memiliki masa yg secukupnya bersama mu yg sangat berharga itu.
Saat terakhir ketika kita duduk bersama di Medan Raba’ah, engkau berkata kepadaku, “Walaupun ayah dapat bersama kami kali ini tapi ayah tetap sibuk dgn urusan-urusan lain” lalu aku berkata, “Nampaknya kehidupan didunia ini tidak cukup panjang utk seseorang menikmati hidup bersama orang lain yang dikasihinya. Oleh itu aku berdoa kpd Allah moga kita dapat menikmati kehidupan bersama di Syurga nanti”.
Dua malam sebelum engkau dibunuh, aku bermimpi melihat engkau berpakaian pengantin berwarna putih seperti permaisuri yang sangat cantik. Bila engkau datang berdekatan denganku, aku bertanya, “Adakah ini malam pengantin bagimu ?”. Engkau menjawab, “Ayah, ni waktu tengahari lah, bukan waktu malam”.
Bila berita tiba kepadaku menyatakan engkau dibunuh pada hari Rabu tersebut pada waktu tengahari, baru aku faham apa yg engkau sebut didalam mimpiku dan aku percaya Allah menerima ruh mu sebagai seorang syahid.
Engkau telah menguatkan keyakinanku bahawa kita berada diatas Kebenaran dan musuh kita berada diatas Kebatilan.
Aku amat sedih tidak dapat berada disisimu disaat perpisahan ini atau bersamamu didetik kehidupanmu yg terakhir. Aku tidak dapat mencium dahimu atau mengimami solat jenazah keatasmu.
Wahai sayangku, aku bersumpah kpd Allah bahawa aku tidak takut akan nyawaku diambil atau takut kpd penjara yg zalim. Akan tetapi aku bertekad utk terus membawa Risalah yg engkau telah mengorbankan nyawamu kerananya, kearah menjayakan Revolusi ini, kearah kemenangan dan mencapai objektif-objektifnya.
Ruh mu telah diangkat tinggi dengan wajahmu tegak menentang orang-orang yg zalim. Peluru-peluru yang zalim telah menembusi dadamu. Alangkah hebatnya ruh mu yg sangat teguh dan suci.
Aku yakin bahawa engkau ikhlas kepada Allah dan Dia telah memilih mu dari kalangan kita utk memuliakanmu dgn pengorbanan ini.
Akhirnya, wahai anakku yg disayangi dan guruku yang dimuliakan.
Aku tidak akan mengatakan Selamat Tinggal, akan tetapi aku katakan Jumpa Lagi. Kita akan bertemu nanti bersama-sama Rasulullah saw dan para Sahabat yg dikasihi di dlm Syurga bilamana harapan kita untuk bersama dgn org-org yg kita kasihi akan menjadi kenyataan.
~Mohd Al-Beltagy.
Surat pimpinan Ikhwan, Dr Mohd Al-Beltagy kpd anak kesayangannya, Asy-Syahidah Asma’ Al-Beltagy, 17 yg ditembak syahid di Medan Raba’ah :
Anak dan guruku yg disayangi.
Aku tidak ucapkan selamat tinggal kpd mu tetapi aku ucapkan nanti kita akan bertemu lagi.

\Assalamulaikum/
|
Post a Comment